Berikut ini gau termahal di dunia :
1. Puteri Diana-1981 (kos tdk
diketahui)
Puteri Diana mengahwini Putera Charles pada tahun 1981 dan
memakai gaun yg direka oleh David dan Elizabeth Emanuel. Gaun tersebut
diperbuat drpd les antik, kain sutera Ivory, juga lebih drpd 10,000
mutiara dan labuci. Kainnya pula ditenun tangan dan lesnya dijahit
menggunakan benang emas. Harga sebenar gaun ini masih tidak diketahui,
tapi ianya sgt memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.
2. Grace Kelly-1956 (kos tdk
diketahui)
Pada tahun 1956, seorang gadis dari Philadelphia bernama Grace
Kelly telah mengahwini Putera Rainier dari Monaco dan memakai gaun yang
direka oleh Helen Rose. Ianya diperbuat daripada 100 meter sutera net
dan 25 meter sutera taffeta. Gaun tersebut dihasilkan dengan mengikut
potongan badan dan bahagian leher berbentuk bulat. Kosnya juga tidak
diketahui, tapi ramai berpendapat bahawa ianya adalah gaun perkahwinan
yg tercantik pernah direka.
Renee Strausse (pemilik butik perkahwinan mewah di Beverly
Hills) dan Martin Katz dr Martin Katz Jewellers telah bergabung untuk
menghasilkan gaun perkahwinan yg diberi nama Gaun Perkawinan Berlian
pada 2006. Harganya menjangkau $12 million USD-RM 43.2 juta,
menjadikannya gaun perkahwinan termahal setakat ini. Apa yg mengejutkan,
ianya diperbuat drpd 150 karat berlian.
4. Melania Knauss-2005 (kos tdk
diketahui)
Melania Knauss mengahwini jutawan termasyhur Donald Trump pada
2005 dan mengenakan gaun perkahwinan yg cukup memukau ilham John
Galleano. Dihasilkan dr 300 kaki satin putih Duchesse, bersama gabungan
1500 mutiara dan kristal Rhinestone, berat gaun ini mencecah 50 paun.
5. Yumi Katsura-2006 ($8.5 Million
USD)
Pereka gaun perkahwinan dari Jepun, Yumi Katsura telah
menghasilkan gaun perkahwinan berharga $8.5 Million USD-RM30.6 juta pada
tahun 2006. Ianya dilengkapi dengan 8.8 karat berlian hijau, 5 karat
berlian emas putih yg jarang didapati, 1000 mutiara, dan sulaman yg
dijahit di atas kain sutera dan satin. Sehingga waktu itu, ianya
dikenali sbg gaun perkahwinan termahal dunia, sehinggalah ditandingi
oleh gaun rekaan Strausse-Katz.
6. Catherine Zeta-Jones-2000 (kos tdk
diketahui)
Ketika mengahwini Machael Douglas pada tahun 2000, pelakon
Catherine Zeta-Jones menyarungkan gaun perkahwinan ivory rekaan
Christian Lacroix. Ianya diperbuat drpd satin yang dijahit manik
digabung dengan les Chantially berbentuk ekor ikan di hujungnya.
Sementara harganya belum diketahui, keseluruhan majlis direkodkan
menelan belanja $1.5 million USD (RM 5.4 juta), jd sudah tentu gaunnya
juga berharga mahal.
7. Imperial Pearl Syndicate-1950s ($100,000 USD)
Gaun ringkas dari tahun 1950an ini cuma berharga $100,000 USD
(RM 360,000). Mungkin ramai yg berkata ianya tdk lah terlalu mahal jika
dibandingkan dgn harga terkini, tp mungkin masih ramai yg akan berfikir 2
kali untuk memilikinya. Dibuat oleh Imperial Pearl Syndicate dari net
sutera dan satin, ia turut dihiasi 100, 000 mutiara. Dress seberat 27
paun ini pernah digayakan oleh beberapa selebriti terkenal tahun 50an
antaranya Nina Foch dan Gloria Swanson.
8. Victoria Beckham-1999 (kos tdk diketahui)
Vera Wang telah menghasilkan gaun yg dipakai oleh Victoria
Beckham pada 1999 ketika mengahwini bintang bola sepak David Beckham.
Harganya masih menjadi tanda tanya tapi kecantikan gaun ini memang
terserlah. Tidak mempunyai tali di bahu, gaun ini dihasilkan dari satin
berwarna mutiara. Semenjak perkahwinan 2 selebriti terkenal ini, makin
banyak gaun yg hampir sama dihasilkan, tp dijual dgn harga yg lbh murah
untuk memenuhi permintaan para pengantin seluruh dunia.
9. Peacock Feather Wedding Dress, Vera Wang-2009
($1.5 million USD)
Boleh anda bayangkan gaun perkahwinan dihasilkan daripada bulu
merak jantan? Gaun ini berada dalam kategori mahal, tp kurang menarik.
Direka oleh Vera Wang, gaun ini adalah paling mahal yang pernah direka
oleh pereka ternama ini iaitu $1.5 million USD (RM5.4 juta). Ianya
dihasilkan dari 2009 bulu merak jantan, sebagai simbol ianya direka pada
tahun 2009. Tapi buat masa ini, gaun ini bkn lg yg termahal rekaan Vera
Wang kerana beliau berkata gaun rekaannya untuk Jennifer Lopez
mengahwini Ben Affleck (yg tdk pernah terjadi) adalah yg paling mahal
setakat ini. Namun, gaun bulu merak ini masih mendapat perhatian org
ramai sehingga sekarang.
10. Mauro Adami-2008 ($380,000 USD)
Pereka kelahiran Itali, Mauro Adami telah mencipta gaun
perkahwinan mewah iniuntuk menyertai Domo Adamicollection 2008.
Diperbuat drpd 40 meter fabrik berwarna platinum, ianya dijahit dengan
platinum dan sutera. Ianya bernilai $380, 000 USD (RM1.368 juta)-kira2
10 kali ganda harga purata pengantin Amerika membelanjakan wang untuk
gaun perkahwinan mereka.
*************************************
Kesimpulannya, tak perlu mencari yang paling mahal untuk kelihatan
cantik di hari bahagia. Cukuplah sekadar menutup aurat dan diiringi
senyuman ikhlas. Anda pasti kelihatan cantik dan berseri.
0 nasehat:
Posting Komentar